
Hakim Ziyech mahu meninggalkan Chelsea pada Januari dan berhasrat untuk berpindah ke AC Milan.
Menurut Todofichajes yang melaporkan bahawa pemain sayap itu sedang dalam rundingan yang positif dengan Rossoneri selepas mereka gagal mendapatkannya pada saat akhir.
Milan merancang membawa Ziyech secara pinjaman pada Januari sambil diberi pilihan dalam perjanjian tetap pada musim panas akan datang.
Menurut laporan itu, pembeliannya tidak akan melebihi €30 juta iaitu kurang €10 juta daripada apa yang dibayar The Blues kepada Ajax untuk perpindahan pemain berusia 29 tahun itu pada 2020.
Sejak tiba di Stamford Bridge, Ziyech tidak pernah pernah benar-benar menunjukkan potensi sebenarnya serta gagal untuk menghasilkan semula prestasi yang ditunjukkannya di Ajax.
Pemain sayap itu tidak disenangi bos Chelsea sebelum ini, Thomas Tuchel dan tidak begitu digemari oleh Graham Potter.
Ziyech hanya sekali tersenarai dalam kesebelasan utama musim ini dan itulah sebabnya dia mahu berpindah ke Itali secepat mungkin.