
Sukar buat Arsenal untuk menandingi kejayaan Manchester City sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko bahagia berada di Stadium Emirates selepas kedua-duanya berhijrah dari Manchester ke utara London pada musim panas ini.
Jesus berpindah dari City ke Arsenal terlebih dahulu, kemudian Zinchenko menyusuli jejak langkahnya.
Klip video menunjukkan betapa gembiranya mereka berdua selepas menyertai Gunners.
Peminat Arsenal pasti kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh Zinchenko.
Bek kiri itu disambut meriah oleh penyokong ketika jelajah pra-musim mereka di Amerika Syarikat.
Pemain Ukraine tersebut akan menjadi tambahan yang sangat berguna kepada skuad Mikel Arteta.
Para pendukung Arsenal berharap ia boleh menjadi permulaan era baharu yang menarik selepas hampir dua dekad tanpa mendakap trofi liga.