
Liverpool sangat hampir menandatangani pemain Brighton, Evan Ferguson pada 2020 ketika penyerang itu bermain di Ireland untuk kelab Bohemians.
Ferguson telah cemerlang untuk Brighton musim ini sejak penampilan sulungnya pada Ogos, menjaringkan 13 gol dan Liverpool pastinya akan menganggap diri mereka tidak membawanya ke Anfield ketika dia di Bohemians.
Pemain berusia 18 tahun itu turut menjaringkan gol pada penampilan sulung pasukan kebangsaannya semalam ketika Ireland menewaskan Latvia 3-2 dalam perlawanan persahabatan.
Pada tahun 2020, ketika Ferguson bermain dengan pasukan Ireland itu, Liverpool sebenarnya telah mengadakan perbincangan dengannya, tetapi dia menolak tawaran kerana merasakan tidak akan mendapat banyak peluang bermain.
Sebaliknya, dia menandatangani kontrak dengan Brighton pada 2021 dan pada tahun berikutnya, Ferguson berkongsi cerita lebih mendalam mengenai keputusannya untuk menolak The Reds.
“Saya pergi ke Liverpool beberapa kali. Ia adalah kelab yang bagus, tetapi melihat begitu ramai pemain di Liverpool.
“Peluang semakin hilang dan tiada peluang untuk menyertai pasukan utama.
“Saya berfikir, ‘Adakah saya hanya mahu bermain dua tahun bersama (pasukan) Bawah-18 dan kemudian pergi ke Bawah-23, dan kemudian ke mana saya akan pergi dari sana?”
Sekarang Ferguson kelihatan agak selesa di Liga Perdana, sudah tentu bukan idea yang buruk bagi Liverpool untuk kembali memerhatinya.
Kelab Merseyside itu kelihatan bersedia untuk merombak semula skuad dan cuba memikat pemain muda yang semakin mengganas ke Anfield dengan pelbagai cara.