by klasikko in
Legend

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sering disebut-sebut sebagai pemain terhebat dalam era bola sepak moden.

Perdebatan yang membincangkan siapa yang terhebat sepanjang zaman sering menjadi topik popular di kalangan peminat bola sepak.

Majoriti besar peminat memilih sama ada Messi atau Ronaldo.

Seorang pemain yang jarang kita dengar dalam perdebatan itu ialah bekas pemain Real Madrid dan Inter Milan, Wesley Sneijder.

Sneijder sendiri percaya beliau mungkin boleh terlibat dalam perbincangan itu, tetapi nampak mustahil.

“Saya boleh menjadi seperti Messi atau Ronaldo. Saya langsung tidak merasakannya,” akui Sneijder.

Untuk membandingkan diri dengan duo yang disebutkan di atas adalah satu kenyataan yang berani.

Namun, hanya Sneijder yakin beliau benar-benar boleh mencapai tahap itu jika tidak berhenti mencuba.

Pemain berusia 38 tahun tersebut telah memenangi pelbagai trofi sepanjang kariernya, termasuklah Liga Juara-Juara.

“Saya menikmati hidup saya, mungkin saya minum segelas [wain] semasa makan malam.

“Bagi Leo (Messi) dan Cristiano amat berbeza, mereka telah melakukan banyak pengorbanan.

“Itulah sebab saya tidak mampu melakukannya, bagaimanapun kerjaya saya masih menakjubkan,” tambah Sneijder.

Sneijder mengharungi kerjaya yang cemerlang, sama ada terlibat secara langsung ataupun tidak.

Bekas pemain Galatasaray itu membuat 134 penampilan untuk negaranya dan bermain untuk beberapa kelab terbesar di Eropah.

Share Post:

Related Posts