by klasikko in
Championship

Wayne Rooney telah meletakkan jawatan sebagai pengurus Derby County selepas 18 bulan mengendalikan The Rams di kala kelab itu sedang menyelesaikan kemelut kewangan.

Bintang Manchester United dan England tersebut menyertai pasukan itu pada Januari 2020 sebagai pemain dan jurulatih.

Selepas pemergian Phillip Cocu, beliau memegang tugas pengurus sementara.

Rooney bersara sebagai pemain apabila dinamakan bos tetap Derby pada Januari 2021.

Pentadbiran huru-hara Derby pada permulaan musim lalu telah menjadi punca mereka diturunkan ke liga divisyen 3.

Derby pasrah dengan penyingkiran itu meskipun telah cuba sehabis baik berikutan pemotongan 21 mata kerana melanggar peraturan perakaunan dan drama pentadbiran.

Semalam, Rooney telah memaklumkan kepada kelab bahawa beliau ingin melepaskan tugasnya ketika Derby bersiap sedia untuk menjalani kehidupan di League One.

“Sepanjang musim panas, saya telah mengikuti perkembangan berhubung pemilikan Derby County,” kata Rooney.

“Hari ini saya berjumpa dengan pentadbir untuk memaklumkan keputusan bahawa sudah tiba masanya untuk saya meninggalkan kelab.

“Adil kepada mereka, mereka cuba bersungguh-sungguh untuk mengubah fikiran saya tetapi keputusan sudah muktamad.

“Tempoh saya berada di kelab ada banyak naik dan turun, tetapi saya perlu mengatakan bahawa saya telah menikmati cabaran itu.”

Terdahulu, masa depan Derby nampaknya telah terjamin dengan penjualan stadium Pride Park kepada pemaju hartanah tempatan yang diharap dapat menyelesaikan pengambilalihan kelab itu.

Namun sejak September tahun lalu, kebimbangan terhadap masa depan Rams bertambah apabila ahli perniagaan Amerika, Chris Kirchner menarik balik tawarannya untuk membeli kelab itu.

Tetapi pentadbir bersama, Quantuma mengumumkan mereka telah menerima pinjaman sementara daripada Clowes Developments Ltd yang berpangkalan di Derbyshire.

Melalui dana itu membolehkan mereka mengemukakan tawaran rasmi untuk membeli kelab itu setelah membeli Pride Park.

Share Post:

Related Posts