by klasikko in
Bundesliga

Sadio Mane melengkapkan perpindahan £35 juta dari Liverpool ke Bayern Munich semalam.

Pemain kebangsaan Senegal itu telah menandatangani kontrak dengan gergasi Jerman dengan perjanjian tiga tahun.

Selepas perpindahannya disahkan, Mane meluahkan: “Saya sangat gembira akhirnya bersama FC Bayern di Munich.

“Kami telah melalui banyak perbincangan dan saya merasakan minat yang tertinggi bersama kelab besar ini sejak dari awal.

“Jadi tiada keraguan dalam fikiran saya dan ini adalah masa yang sesuai untuk cabaran ini.

“Saya mahu mencapai banyak perkara dengan kelab ini, juga di peringkat antarabangsa.

“Semasa saya di Salzburg, saya mengikuti banyak perlawanan FC Bayern dan saya sangat menyukai kelab ini!”

Terdapat detik yang janggal tetapi lucu di Sky Sports kerana mereka menyangka Mane sudah tiba di Munich.

Sebuah kereta berhenti dan wartawan Sky, Florian Plettenberg yakin beliau akan menemu ramah dengan Mane secara eksklusif.

“Dia ada di dalam kereta, Sadio Mane! Kami akan bertanya khabar.

“Kami akan pergi kepadanya dan bertanya sama ada dia ingin mengatakan sesuatu kepada Sky UK.

“Saya tidak dapat melihatnya semalam kerana dia berada di dalam kereta sepanjang masa,” kata wartawan itu.

Seorang lelaki keluar dari kereta dan kamera mengezum tepat ke mukanya, tetapi jelas ia bukanlah Mane.

“Itu dia!” penyampai Sky Sports itu berkata dengan teruja.

Kemudian menyedari ia bukan Mane dan menambah: “Oh tidak! Tunggu sekejap…”

Mane meninggalkan Liverpool setelah menjaringkan 120 gol dalam 269 perlawanan untuk kelab itu.

Melalui satu pendedahan, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk beralih angin ke tempat baru.

“Saya boleh katakan sudah tentu kami menang banyak dan saya menghabiskan masa yang hebat di sana.

“Masa yang sukar dipercayai di Liverpool, kami menang banyak.

“Seperti yang saya selalu katakan, hidup saya sentiasa [mengenai] cabaran dan apabila tiba, saya berkata kepada kelab bahawa saya mahu pergi.

“Saya mahu pergi ke tempat lain untuk melihat cabaran baharu.

“Ia bukan perkara lain, ia hanya satu cabaran kerana saya mahu sentiasa mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih baik.”

Share Post:

Related Posts