by klasikko in
Piala Dunia

Wartawan Portugal terkejut apabila mereka memerhatikan tingkah laku Cristiano Ronaldo selepas Portugal menang 6-1 ke atas Switzerland.

Pasukan Fernando Santos mempamerkan aksi yang sangat mengagumkan menentang Switzerland tanpa Cristiano Ronaldo, yang diturunkan ke bangku simpanan.

Senario biasa yang berlaku sehari selepas perlawanan ialah pemain tidak beraksi akan berlatih bersama, manakala 11 pemain utama menjalani sesi pemulihan di gimnasium.

Bagaimanapun, Ronaldo dilaporkan memutuskan untuk tidak berlatih bersama rakan-rakan pemain gantian dan memutuskan untuk menyertai sesi gim.

Menurut akhbar Sepanyol, Marca melaporkan wartawan di kem pasukan kebangsaan terkejut apabila mereka melihat Ronaldo terlibat dalam sesi gim.

Sepatutnya barisan kesebelasan utama perlu berlatih secara ringan untuk membantu mereka pulih menjelang perlawanan seterusnya.

Ronaldo dikatakan berada dalam keadaan fizikal yang sempurna dan membuat keputusan itu sendiri.

Alasannya masih tidak diketahui tetapi ia adalah satu lagi tindakan luar jangkaan yang dilakukan oleh superstar itu sejak beberapa bulan lalu.

Share Post:

Related Posts