
Menurut wartawan Brazil, Neymar perlu kekal di Paris Saint-Germain ataupun “berhijrah ke kelab seperti Newcastle” pada musim panas ini kerana beliau mempunyai dua pilihan.
Pemain kebangsaan Brazil itu telah menyumbang 13 gol dan enam bantuan dalam 22 perlawanan Ligue 1 musim dikala Paris Saint-Germain menjuarai liga.
Sejak menyertai PSG pada 2017, pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan 100 gol dalam 144 penampilan dalam semua pertandingan tetapi gagal membawa trofi Liga Juara-Juara ke Paris.
Minggu lalu, ESPN Brasil mendakwa bahawa Newcastle adalah pilihan yang baik untuk Neymar kerana The Magpies dijangka lebih agresif dalam pasaran perpindahan.
Wartawan Brazil, Rodrigo Oliveira berpendapat Neymar mempunyai dua pilihan dalam pasaran musim panas dan salah satunya adalah berpindah ke Newcastle.
Oliveira berkata: “Akan ada masalah antara dia dan PSG. Pemain itu tidak bermain seperti yang diharapkan.
“Di Qatar, Perancis, mereka tidak menghargai kehadirannya, tetapi pemain itu memperoleh pendapatan yang banyak.
“Saya pasti Neymar mahu meninggalkan Paris, tetapi saya tidak tahu siapa yang mampu membayarnya.
“Terdapat dua pilihan sama ada Neymar kekal di PSG dan cuba menunjuk-nunjuk (kemampuannya).
“Pilihan lain adalah dengan menyertai kelab seperti Newcastle yang mampu membiaya yuran bintang dunia, Neymar.”
Sementara itu, bintang Tottenham Hotspur iaitu Son Heung-min melabelkan Neymar sebagai “pemain terbaik di dunia” dan mendedahkan beliau mahu mencontohinya suatu hari nanti.
“Neymar adalah pemain terbaik di dunia dan saya rasa dia bekerja keras untuk menjadi pemain terbaik di dunia,”
“Jadi, daripada menjadi isu seperti itu, Brazil mempunyai ramai pemain yang sangat bagus dan bertaraf dunia.” ujar Son.