
Wartawan sukan, Dean Jones berpendapat bahawa Manchester United harus mengelakkan diri daripada penyerang Eintracht Frankfurt, Randal Kolo Muani kerana tanda harganya yang cukup tinggi.
Jones mengakui kebimbangannya terhadap harga £105 juta yang dituntut oleh Frankfurt untuk Kolo Muani walaupun menunjukkan persembahan mengagumkannya di Jerman.
“Saya fikir secara gaya, Kolo Muani sangat sesuai untuk United dan saya sangat menyukainya sebagai pemain.
“Walau bagaimanapun, saya tidak gemar dengan tanda harganya.
“Saya fikir United tak sepatutnya membayar dengan harga £105 juta. Sejujurnya, saya tidak pasti mereka akan melakukannya.”
Kolo Muani memiliki 11 gol Bundesliga musim ini dan terkenal dengan kebolehannya bermain di sudut jauh melalui bahagian tengah.
Dia juga menjaringkan tujuh gol dalam Liga Juara-Juara kempen ini, di kala pasukannya tersingkir dalam saingan kalah mati oleh Napoli minggu lalu.
Seperti diketahui, United mahukan beberapa penambahan di barisan hadapan mereka.
Red Devils sedang mencari seseorang untuk berkongsi jaringan dengan Marcus Rashford, yang telah menyumbat majoriti gol mereka musim ini.
Seperti kata Jones, tanda harga pemain Frankfurt itu mungkin terlalu tinggi.
Bagaimanapun, tidak hairan jika mereka terdesak untuk mendapatkan penyerang pada musim panas dan tidak terkejut melihat mereka akur dengan tuntutan Frankfurt.