
Legenda Manchester City dan pengurus Burnley, Vincent Kompany bergurau bahawa dia tidak akan menandatangani pemain ejen bebas Cristiano Ronaldo kerana kadar kerjanya.
Ronaldo berpisah dengan Manchester United pada hari Seleasa berikutan persetujuan bersama selepas temu bualnya dengan Piers Morgan minggu lalu.
Beberap kelab telah pun dikaitkan dengan perpindahan Ronaldo seperti Chelsea, PSG dan Sporting CP.
Kompany kini bekerja sebagai pakar untuk BBC semasa Piala Dunia 2022 dan dia memberikan analisis tentang pertembungan Perancis dengan Australia beberapa jam selepas berita tergempar itu.
Apabila ditanya oleh Gary Lineker sama ada dia akan mengambil Ronaldo ke Burnley, Kompany menjawab:
“Kami memerlukan pemain yang boleh berlari!”
Kadar kerja Ronaldo pada tahun-tahun terakhir kariernya sering dipersoalkan, terutamanya selepas menjadi penyerang tunggal.
Kekurangan menekan pihak lawan menyebabkan dia digugurkan sekali-sekala oleh pengurus sementara United, Ralf Rangnick pada beberapa bahagian musim 2021/22.
Manakala dia tidak digemari oleh bos Red Devils semasa, Erik ten Hag.
Burnley di bawah pimpinan Kompany kini berkelebihan tiga mata di puncak carta Championship, dengan bos dari Belgium itu cemerlang pada musim pertamanya sebagai pengurus dalam bola sepak Inggeris.