
2 pemain Wolves, Jose Sa dan Joao Moutinho melakukan yang terbaik untuk mengganggu fokus Mo Salah ketika bersiap untuk mempertahankan sepakan sudut Liverpool awal pagi semalam.
Bintang Mesir itu membiarkan kedua-duanya terjatuh ke tanah selepas diganggu dengan menunjukkan kekuatan yang luar biasa.
Ketika itu, bola masih belum dimainkan tetapi mujur Salah tidak dikenakan tindakan disipilin oleh pengadil, sebaliknya Sa dan Moutinho masuk ke dalam gawang mereka sendiri.
Bekas pemain Monaco, Moutinho menggunakan taktik licik terhadap penyerang dengan cuba menolaknya sejauh mungkin dari Sa.
Malangnya, tindakannya itu bijak dibaca oleh Salah belum dia ditolak ke belakang menyebabkan dia bertembung dengan penjaga golnya sendiri.
Bekas pemain AS Roma itu menambah derita Wolves dengan menjaringkan gol kedua Liverpool malam itu untuk memastikan ketiga-tiga mata kekal di Anfield.