by klasikko in
Piala Dunia

Edinson Cavani tidak dapat menahan kemarahannya ketika Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia dalam perlawanan kontroversi selepas tidak diberikan sepakan penalti.

Ketika pasukannya meninggalkan padang, Edinson Cavani melepaskan kekecewaannya pada monitor VAR di tepi padang.

Cavani diturunkan dari bangku simpanan menggantikan bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez pada minit ke-65.

Tetapi penyerang veteran itu gagal menyumbang gol ketiga dan merupakan salah seorang daripada beberapa pemain yang mengerumuni pengadil selepas perlawanan.

Kemarahan Cavani jelas terserlah apabila bekas penyerang United itu bertindak menghempaskan skrin VAR ke tanah ketika dia menuju ke bilik persalinan.

Tingkah laku Cavani telah diselar oleh Ian Wright dan Joe Cole selepas perlawanan.

Semasa mengulas mengenai insiden itu, Ian Wright menggelar penyerang veteran itu sebagai ‘ pemain yang mengerikan’.

Sementara Joe Cole juga mengkritik tingkah lakunya dengan berkata :

“Ia adalah kelakuan yang teruk. Kamu berasa kecewa tetapi kamu perlu mengekalkan ketenangan diri.

“Kamu mempunyai tanggungjawab, dunia sedang memerhati, kanak-kanak memerhati, enam pemain mengelilingi pengadil, itu bukan penampilan yang bagus.”

Share Post:

Related Posts