by klasikko in
Premier League

Thomas Tuchel dilihat gelisah dengan Conor Gallagher semasa kemenangan tipis Chelsea ke atas West Ham semalam.

The Blues berada di bawah tekanan besar berikutan kekalahan di tangan Southampton dan pengurus Jerman itu membuat beberapa rombakan besar.

Ia termasuklah memanggil semula Gallagher ke dalam kesebelasan utama dan menggugurkan tempat Mason Mount.

Bagaimanapun, mungkin agak lama sebelum bekas peminjam Crystal Palace itu kembali dalam buku bagus Tuchel selepas jurulatih itu tidak senang duduk di tepi padang Stamford Bridge.

Pemain tengah itu membawa bola tanpa hala tuju, lalu bos Blues itu menjerit kepadanya untuk menghantar bola kepada rakan yang lain.

Tetapi Gallagher terus menggelecek bola yang menyebabkan Tuchel menjadi gila seperti dilihat oleh peminat di media sosial.

Ia berlaku pada pertengahan 45 minit yang kurang menghiburkan di mana Chelsea gagal memecahkan benteng pertahanan West Ham sebelum berlakunya drama pada babak kedua.

Pelawat mendahului perlawanan menerusi Michail Antonio selepas kesilapan pertahanan dari sepakan sudut.

Mujur, Ben Chilwell mengubah perlawanan selepas masuk menggantikan Marc Cucurella, menjaringkan gol menerusi percubaan pertama ke arah Lukas Fabianski.

Kemudian Chilwell pula memberikan hantaran lintang yang baik untuk rakan seperjuangan, Kai Havertz untuk bangkit membenam pasukan lawan.

Sejurus dari sepak mula, satu lagi kesilapan pertahanan menyaksikan Maxwell Cornet menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, pengadil Andy Madley telah memantau situasi itu di monitor tepi padang dan dia membatalkan jaringan itu kerana kekasaran kontroversi ke atas Edouard Mendy.

Penjaga gol Senegal itu terkena sepakan Jarrod Bowen tetapi sentuhan itu kelihatan tidak seberapa, bagaimanapun gol itu tidak dikira.

Share Post:

Related Posts