
Terdapat insiden pelik semasa sesi latihan Bayern Munich minggu ini apabila pengurus, Thomas Tuchel dirakam melondehkan seluar pendek Sadio Mane yang jelas tidak diduga oleh penyerang itu.
Bintang Senegal itu sedang berdiri di tepi padang latihan, melihat rakan sepasukannya yang lain.
Secara tiba-tiba, Tuchel menyelinap di belakangnya dan melondehkan seluar pendeknya sebelum berlalu pergi.
Mane kelihatan terkejut dan segera menarik seluarnya, tetapi tidak jelas sama ada bekas bintang Liverpool itu tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.
Bintang Senegal itu tidak mempunyai reputasi terbaik di kalangan skuad Bayern pada masa ini selepas pergaduhannya dengan Leroy Sane.
Positifnya, Tuchel langsung tidak menyimpan dendam terhadap Mane.
Share Post: