by klasikko in
Premier League

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memberi respon kepada peminat yang bertanyakan tentang kemungkinan untuk membeli Cristiano Ronaldo.

Ronaldo telah memutuskan dia mahu meninggalkan Manchester United, kurang setahun selepas kembali ke kelab itu dalam kepulangan yang mengejutkan musim panas lalu.

Pemain berusia 37 tahun itu dilaporkan tidak gembira dengan United yang cukup pasif dalam jendela perpindahan berbanding pesaing lain.

Dia juga tidak mahu ketinggalan bermain di pentas Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam dua dekad.

Chelsea telah menjadi pasukan kegemaran untuk menandatangani Ronaldo oleh kebanyakan peminat.

Peminat baru The Blues, Todd Boehly telahpun bertemu dengan ejen bintang itu untuk membincangkan pelbagai topik termasuklah masa depan Ronaldo.

Di tengah-tengah laporan bahawa Thomas Tuchel masih tidak yakin mengenai perpindahan untuk Ronaldo, satu video muncul di media sosial.

Seorang penyokong merakam tindak balas bos Chelsea itu mengenai kemungkinan perpindahan.

Ditanya oleh peminat tersebut sama ada Ronaldo akan ke Stamford Bridge, Tuchel tersenyum dan menjawab: “Saya tidak akan memberitahu kamu.”

Ronaldo menyerlah untuk Man Utd musim lalu dan boleh menjadi penjaring gol yang diperlukan pasukan Tuchel selepas bergelut dengan Romelu Lukaku.

Namun, pemain ayam tambatan Portugal itu juga akan menjangkau usia 38 tahun, jadi ia adalah satu langkah yang berisiko.

Share Post:

Related Posts