
Pertembungan Liverpool dengan Aston Villa pada hari Sabtu adalah kali terakhir untuk Roberto Firmino di Anfield.
Perlawanan itu terlalu banyak kenangan diukir untuk seorang bintang The Reds yang disanjung tinggi.
Pemain Brazil itu menjaringkan gol penting untuk membantu anak buah Jurgen Klopp seri 1-1.
Tetapi keputusan itu tidak begitu ditumpu, sebaliknya penyokong mahu mengucapkan selamat tinggal kepada legenda Liverpool itu.
Firmino menerima sambutan yang luar biasa daripada peminat setia Anfield yang penuh emosi tetapi bukan mereka sahaja.
Selepas perlawanan, Kostas Tsimikas dilihat menangis tetapi puncanya tidak pasti.
Ramai yang berpendapat bintang Greece itu sangat menyayangi Firmino dalam skuad Jurgen Klopp.
Share Post: