
Pemain sayap Wolverhampton Wanderers, Adama Traore terpaksa melakukan keputusan dengan secepat yang mungkin selepas dipanggil oleh 2 pasukan kebangsaan secara serentak menjelang minggu “international break”.
Pemain yang menjangkau usia 24 tahun terbabit telah menerima “call up” oleh negara kelahirannya, Sepanyol buat kali kedua selepas terpaksa menarik diri sewaktu tugasan pertamanya oleh kerana positif dijangkiti COVID-19.
Sementara itu, beliau juga layak untuk mewakili Mali menerusi negara asal kedua ibu bapanya. Lebih memeranjatkan lagi, secara tiba-tiba pasukan dari benua Afrika itu mengumumkan bahawa Traore telah disenaraikan dalam skuad itu.
Perkara yang sebenarnya adalah Luis Enrique selaku pengurus skuad Kebangsaan Sepanyol berdegil untuk menamakan beliau untuk 3 perlawanan termasuklah aksi UEFA Nations League selang 3 hari selepas Mali memanggilnya.
Traore yang sememangnya berasal dari daerah Catalonia itu telah mewakili Sepanyol sejak dari peringkat remaja lagi, dari skuad bawah-16 tahun sehinggalah bawah-21 tahun.

Nampaknya, ia adalah satu dilema buat pemain yang bertubuh sasa tersebut kerana harus melakukan keputusan sama ada mahu melakukan debut bersama Sepanyol atau beraksi bersama negara yang mempunyai darah dagingnya pada peringkat antarabangsa.