
Bekas pemain gergasi pasukan Bayern Munich, Toni Kroos berjaya membuat penampilan beliau yang ke -100 bersama skuad Jerman pada perlawanan awal pagi Selasa.
Pasukan Die Manschaaft hanya mampu mencatat keputusan seri 3-3 bertemu pasukan Switzerland. Jaringan Gnabry berjaya menyelamatkan pasukan Jerman daripada mengalami kekalahan.

Pemain tengah Germany ini menjadi kebiasaan bersama pasukan itu.Namun kesilapan beliau antara punca jaringan kedua buat pasukan Switzerland.
Selain itu, Pemain berusia 30 tahun ini juga memberi pandangan menganai kejaayan beliau meraih 100 penampilan bersama pasukan Germany.
Ia sudah pasti menakjubkan apabila berjaya membuat penampilan yang ke -100. Sudah pasti perlawanan yang istimewa sepanjang karier saya selama bersama skuad Germany.Kini saya lebih utamakan gelaran berbanding rekod peribadi.
Toni Kroos
Sudah pasti impian sebagai seorang pemain untuk membuat penampilan sebanyak itu dan saya juga berharap mampu membantu pasukan German lakar seberapa banyak gelaran juga kekal berada di landasan ini.
Toni Kroos

Selain itu, Kroos juga merupakan pemain paling tua pada perlawanan ini. Disebabkan Jochim Loew tidak menurunkan Thomas Muller dan Mat Hummels.