by klasikko in
Bundesliga

Bayern Munich melengkapkan pembelian Sadio Mane pada minggu ini.

Bintang Senegal itu akan menerima penghormatan yang luar biasa daripada salah seorang rakan sepasukan baharunya.

Mane telah menyertai Bayern dengan perjanjian tiga tahun selepas juara Jerman itu membayar Liverpool £35 juta seperti dilaporkan Sky Sports.

Tetapi satu perkara yang masih belum diumumkan adalah nombor yang akan dipakai pemain berusia 30 tahun itu bersama Die Roten.

Nombor sepuluh telah menjadi sinonim dengan Mane kerana beliau memakai nombor itu untuk Liverpool dan Southampton serta pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun, nombor 10 masih lagi dipegang Leroy Sane di Bayern dan ia membuatkan ramai tertanya-tanya nombor apa yang akan dipilih oleh Mane.

Sebelum ini, beliau menyarung nombor 19 bersama Liverpool sebelum bertukar kepada 10.

Namun, nombor 19 juga telah diambil oleh Alphonso Davies di Allianz Arena.

Bagaimanapun untuk menyelamatkan keadaan, sekiranya Mane mahukan jersi nombor 10, Sane tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan kepadanya.

Menurut laporan dari Daily Mail, Sane bersedia untuk menyerahkan nombor bajunya kepada bekas pemain Salzburg itu menurut bapa Sane sendiri.

Bercakap kepada Radio Futurs Medias, bapa Sane menyatakan: “Sadio Mane terkenal dengan pemain No 10 di Liverpool dan pasukan kebangsaan.

“Manakala di Bayern, anak saya memakainya,”

“Jika Sadio mahukan No 10, saya pasti tiada masalah untuk Leroy memberikan kepadanya.”

Share Post:

Related Posts