
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag menggugurkan seorang pemain yang dirahsiakan semasa jelajah pra-musim kelab itu di Thailand dan Australia kerana lewat dua kali ketika mesyuarat pasukan.
Ten Hag dikenali sebagai seorang yang tegas dalam disiplin, manakala sikap buruk adalah antara kritikan terbesar yang dilemparkan kepada pemain United sebelum ini.
Peminat cukup kagum dengan pengurus Belanda itu yang cuba memperbaiki segala kekurangan skuad.
Tanda awal sudah dirasai beberapa minggu selepas dia melaporkan diri di padang latihan Carrington.
The Athletic melaporkan bahawa Ten Hag menganggap kelewatan sebagai ‘punca kepada kegagalan’.
Dikatakan bahawa dia percaya kelewatan yang tidak terkawal akan ‘menyebabkan aspek lain dalam tugas pemain bola sepak di atas padang’.
Mujur, dia tidak dianggap seteruk Louis van Gaal yang akan mengambil tindakan tatatertib dalam sekelip mata.
Sebenarnya seorang pemain telahpun melanggar disiplin Ten Hag.
Dikatakan bahawa pemain yang tidak dinamakan itu berada dalam barisan untuk beraksi dalam permainan jelajah tetapi digugurkan kerana dia telah tiba lewat lebih daripada sekali untuk mesyuarat dalam pembinaan.
Ia bukan sahaja menghantar mesej kepada individu itu, tetapi juga menjelaskan kepada seluruh skuad bahawa bos baharu itu tidak boleh berkompromi.
Penjaga gol United, David de Gea nampaknya menyokong sistem baharu itu.
“Saya bersetuju, kami memerlukan budaya bola sepak yang lebih baik, hanya memikirkan tentang bola sepak, tiada yang lain,” katanya kepada The Athletic dalam temu bual pada awal Julai.
“Sudah tentu, kamu tidak boleh lewat. Orang yang bekerja dalam pekerjaan mereka, mereka tidak boleh lewat.
“Jadi saya fikir kamu tidak boleh lewat untuk latihan, kita tidak boleh lewat untuk mesyuarat. Itulah kehidupan, kita perlu menepati masa dan bersikap profesional.”