
Erik ten Hag agak marah dengan permulaan perlahan Manchester United menentang Leeds apabila mereka bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat kedudukan 2-2.
Leeds mendahului dalam masa kurang seminit apabila Wilfried Gnonto melakukan rembatan melepasi David De Gea dari luar kotak penalti.
Manchester United sekali lagi bolos pada separuh masa pertama selepas Raphael Varane memalingkan bola ke gawangnya sendiri.
Manchester United bangkit untuk seri hasil jaringan Jadon Sancho dan Marcus Rashford, tetapi prestasi keseluruhan dan permulaan buruk dari United telah mengecewakan pengurus, Ten Hag.
“Saya cukup marah kami memulakan perlawanan derby dengan cara ini (perlahan).
“Saya mahu bermain sekali lagi (menentang Leeds) dengan secepat mungkin, tetapi saya dan pemain saya terpaksa bersabar.
“Kami perlu menyimpan tenaga dan memastikan bahawa kami sudah bersedia untuk aksi pada hari Ahad.” ujar bos dari Belanda itu.
Manchester United akan menentang Leeds pada hujung minggu di mana Ten Hag akan terdesak mengarahkan pemainnya memperbetulkan keadaan menentang musuh tradisi mereka.
Casemiro menjalani penggantungan satu daripada tiga perlawanan menentang Leeds.
Malangnya, United perlu mencuba untuk menewaskan Leeds tanpa Casemiro sekali lagi.
Duo pemain tengah, Fred dan Marcel Sabitzer bekerja dengan cukup baik dari segi penguasaan bola, tetapi secara bertahan terdapat penurunan besar tanpa Casemiro.