by klasikko in
Premier League

Liverpool telah menerima sedikit tamparan menjelang awal musim Premier League selepas Ibrahima Konate mengakui dia perlu diketepikan untuk sementara di laman Instagram.

Konate masih belum mengukuhkan posisi tetap dalam pasukan Liverpool, sering bergilir-gilir dengan Joel Matip bermain bersama Virgil van Dijk.

Bek Perancis itu sudah pasti akan memainkan peranan penting musim ini.

Lambakan skuad menjadi keutamaan Liverpool kerana mereka dijangka bersaing sehingga peringat terakhir dalam kebanyakan pertandingan yang mereka sertai.

Bagaimanapun, The Reds perlu berdikari tanpa Konate buat seketika dengan pemain pertahanan itu mengumumkan khabar buruk di Instagramnya bahawa dia telah mengalami kecederaan.

Benteng Liverpool sememangnya sudah terbiasa dengan gandingan Van Dijk dan Matip.

Tetapi kehadiran Konate sering memberi persaingan hebat dalam kesebelasan utama dan membantu menyediakan pilihan bergilir-gilir dengan perlawanan akan datang padat dan pantas bulan ini.

Bagi The Kop, mereka tidak perlu risau kerana Konate tidak akan diabaikan terlalu lama.

Piala Dunia menjelang November nanti, pertahanan Perancis itu akan terdesak untuk bermain secara kerap bagi memberi peluang kepada dirinya untuk menyertai skuad Les Bleus.

Share Post:

Related Posts