by klasikko in
Premier League

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo mengirim mesej kepada rakan sepasukannya dengan menggesa mereka untuk meningkatkan mutu persembahan mereka.

Ia merupakan musim yang mengecewakan buat Red Devils setakat ini, walaupun Ronaldo sendiri berada pada prestasi terbaiknya sejak kembali untuk kali kedua di Old Trafford.

Kapten Portugal itu diletakkan standard yang lebih tinggi meskipun sudah semakin berusia.

Bagaimanapun, selepas menjadi watak penting dalam kejayaan pasukan pada era Sir Alex Ferguson, kemudian mencapai tahap yang lebih tinggi di Real Madrid dan kemudiannya bersama Juventus.

Ronaldo mengeluarkan komen yang menyeru untuk “memusnahkan” sesuatu bagi mengubah mentaliti yang baharu di Man Utd.

Saya tidak boleh menerima mentaliti kami yang sekurang-kurangnya tidak akan mengakhiri tempat ketiga teratas di Premier League.

Saya rasa, untuk membina sesuatu perkara yang baik, kadangkala kita perlu memusnahkan beberapa perkara.

Jadi, mengapa tidak?

Kamu di sini, dengan kehidupan baru dan saya harap Manchester (United) mampu berada di satu tahap yang seperti orang ramai harapkan.

Ronaldo gesa Man Utd ubah mentaliti supaya dapat menaikkan semula imej mereka
Share Post:

Related Posts