by admin in
La Liga Premier League

Mantan penyerang Manchester City, Emile Mpenza mencadangkan kelab supaya memberi keutamaan kepada perkara yang lain terlebih dahulu berbanding penghijrahan besar-besaran Lionel Messi ke Stadium Etihad.

Pep Guardiola menyimpan hajat untuk mengadakan majlis reunion dengan bekas anak didiknya di Barcelona dulu di Manchester, akan tetapi tidak kesampaian.

Meskipun bayang-bayang Messi tidak menjelma pada musim panas ini, namun City berpeluang menandatanganinya secara percuma pada tahun depan sebagai pemain ejen bebas.

Messi the magician and other takeaways from the Champio...
Kontrak Messi akan luput pada 2021 di Camp Nou

Walaubagaimanapun, Mpenza yang pernah beraksi di bawah Sven-Göran Eriksson bersama Citizens mengakui bahawa kehadiran pemenang 6 kali Ballon d’Or itu tidak dapat menyelesaikan krisis barisan defensif mereka.

Beliau juga menyuarakan pendapat kepada Manchester Evening News bahawa kemasukan Messi hanya memadatkan lagi senjata serangan City.

Manchester City On This Day: Mpenza the saviour
Mpenza menghabiskan masa hampir 3 tahun berada di England

Dengan isu pemain pertahanan yang dihadapi Guardiola, beliau tidak memerlukan seorang seperti Messi.

Beliau perlu menangani barisan defensif yang goyah terlebih dahulu.

Kehilangan (Vincent) Kompany telah meninggalkan impak yang besar, mereka sedang mencari stabiliti pada posisi pertahanan yang dilihat terhuyung hayang.

Ia adalah satu arahan yang cukup besar untuk mengisi kekosongan Vincent dan apa yang mereka mahu buktikan dengan kehadiran Messi? sedangkan kesulitan mereka semua terletak di bahagian belakang.

Muka-muka seperti (Riyad) Mahrez dan (Sergio) Aguero sudah cukup untuk membarisi jentera serangan mereka.

Kemunculan Messi hanya memenuhkan barisan pemain yang sama posisi dengannya dan itu mungkin akan menimbulkan satu lagi masalah buat mereka.

Mpenza percaya kedatangan Messi ke City hanya mengundang masalah
Share Post:

Related Posts

No Comments

Leave a Reply