by klasikko in
UEFA Champions League

Musim Liverpool yang agak cemerlang telah berakhir dengan sedikit kekecewaan selepas terlepas menjuarai Premier League dan Liga Juara-Juara.

The Reds meraikan dua kemenangan piala selepas kejayaan dalam pusingan akhir Piala Carabao dan Piala FA.

Hakikatnya, ianya jauh daripada kejayaan yang meyakinkan kerana kedua-dua perlawanan menentang Chelsea berakhir tanpa jaringan 0-0 dan perlu diputuskan menerusi sepakan penalti.

Ironinya, pasukan Jurgen Klopp yang memiliki penyerang berkelas dunia seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane menamatkan musim ini tanpa menjaringkan satu gol dalam tiga penampilan pentas final.

Menurut statistik daripada Opta menunjukkan perjuangan Liverpool sepanjang 330 minit menentang Chelsea dan Real Madrid.

Tidak boleh menafikan usaha daripada Salah, Mane dan pemain serangan Liverpool lain yang telah menunjukkan prestasi cemerlang pada kempen kali ini.

Bagaimanapun, statistik ini menunjukkan ada perancangan yang perlu dilakukan oleh Klopp dari segi pembelian pemain serangan musim panas ini.

LFC mempunyai beberapa peluang yang baik diselamatkan oleh Thibaut Courtois, awal pagi tadi.

Akan tetapi, mungkin ada penambahbaikan dari segi penyerang atau mungkin pemain tengah yang boleh mengancam kubu lawan.

Tiga pemain tengah yang diturunkan iaitu Fabinho, Jordan Henderson, dan Thiago Alcantara adalah pemain yang hebat.

Namun, mereka jarang sekali menjaringkan gol, dengan Fabinho mencatatkan lapan jaringan musim ini walaupun kebanyakannya hadir dari sepakan penalti.

Henderson hanya berjaya menemui 3 jaringan sepanjang musim, manakala Thiago hanya dua.

Jika Klopp mahu mengasah pasukan Liverpool ini dengan lebih tajam, maka posisi itu boleh menjadi kawasan yang perlu diteliti pada musim panas ini.

Share Post:

Related Posts