by klasikko in
Piala Dunia

Liga domestik akan terhenti seketika tidak lama lagi kerana Piala Dunia 2022 bakal berlangsung di Qatar pada pertengahan musim.

Walaupun keputusan untuk menganugerahkan Qatar sebagai hos kejohanan dunia pada tahun ini menjadi sangat kontroversi.

Peminat bola sepak masih akan merasai kehangatannya di kala pertandingan semakin hampir untuk membuka gelanggang.

Dengan kurang dua minggu lagi sebelum Piala Dunia berlangsung, England sedang bersiap sedia untuk menentang Iran, Wales dan Amerika Syarikat dalam Kumpulan B.

Walaupun menjadi pasukan pilihan untuk mara ke peringkat kalah mati kejohanan, pengurus Gareth Southgate tidak memandang enteng.

Dia telah memilih Amerika dan Christian Pulisic dari Chelsea sebagai ancaman terbesar kepada Three Lions.

Bercakap kepada ESPN mengenai pemain The Blues itu, Southgate akui: “Saya sering memerhatikan dia [Pulisic] di Dortmund kerana kami mempunyai Jadon Sancho di sana pada masa itu.

“Kemudian dia berpindah ke Chelsea, saya fikir penyesuaian diri dari Bundesliga ke Premier League bukanlah sesuatu yang mudah untuk permulaan.

“Tahap perlawanan terbesar baginya adalah Bayern Munich ataupun RB Leipzig. Tetapi berbeza pula di EPL.

“Jadi, saya fikir ia memerlukan sedikit penyesuaian, bukan sahaja sifat fizikal liga kami tetapi intensiti setiap perlawanan.

“Sudah tentu, dia mempunyai dua atau tiga jurulatih untuk ditangani, jadi saya rasa ada saat-saat di mana dia kelihatan seperti sudah bersedia.

“Dia sudah tidak sabar dan dia mempunyai jurulatih yang percaya kepadanya tetapi terpaksa berhadapan kecederaan.

“Saya anggap dia masih belum sampai ke tahap sebenar yang dimahukan, tetapi dia seorang pemain yang sangat bagus.

“Apabila anda melihat pada barisan pasukan lawan, dia adalah seseorang yang anda perlu sedar dan bersedia untuk menempuhnya.”

Perlawanan Kumpulan B England menentang Amerika Syarikat kendalian Gregg Berhalter akan berlangsung di Stadium Al Bayt di Qatar pada 25 November 2022.

Share Post:

Related Posts