by klasikko in
Premier League

Manchester United mencipta tiga kemenangan berturut-turut apabila menumpaskan Leicester City 1-0 di stadium King Power.

Selepas permulaan musim yang buruk tewas kepada Brighton dan Brentford, pasukan Erik ten Hag telah mengubah keadaan dengan baik.

Kebangkitan itu bermula dengan kemenangan sukar menentang Liverpool di Old Trafford.

Sejak itu, menyaksikan mereka mengutip 3 mata berturut-turut sekaligus menamatkan rekod buruk di tempat lawan.

Apa yang mengagumkan peminat ialah perubahan Ten Hag kepada kesebelasan utamanya.

United kini mula kelihatan tenang di bawah pengurus baharu itu, selepas permulaan yang goyah.

Gandingan pertahanan Raphael Varane dan Lisandro Martinez telah memberikan United kekebalan dan kestabilan di bahagian belakang.

Manakala, Tyrell Malacia serta Diogo Dalot juga cukup meyakinkan di posisi pertahanan kira dan kanan.

Di tempat lain, perkongsian lebih jauh di atas padang perlahan-lahan mula berkembang apabila para semakin selesa dengan tuntutan Ten Hag.

Serangan mula kelihatan lebih lancar dan bahagian tengah lebih tenang.

Sebahagian besar daripada itu adalah bergantung kepada pengaruh Christian Eriksen.

Dia dengan pantas membuktikan dirinya sebagai pemain utama selepas menandatangani perpindahan percuma.

Sementara semua peminat tidak sabar melihat aksi wajah baru United seperti Casemiro dan Antony, peningkatan ketara telah berubah.

Gol Jadon Sancho memastikan kemenangan tipis menentang Leicester dengan bantuan datang daripada Marcus Rashford.

Kedua-dua pemain masih banyak yang perlu dilakukan, tetapi kelihatan lebih yakin dengan didikan Ten Hag.

Bagaimanapun, pemain yang menjadi tumpuan adalah Scott McTominay, yang telah bangkit dengan baik.

Selepas permulaan musim yang goyah di tengah-tengah, persaingan yang semakin sengit untuk mendapatkan kepercayaan.

Di sebalik kritikan berterusan yang diterima McTominay, dia telah berjaya mengekalkan tempatnya sebagai bahagian penting dalam skuad pasukan utama.

Segelintir peminat United terus berasa hairan tentang perkara itu, sebenarnya McTominay merupakan pemain yang dipercayai oleh beberapa jurulatih terkemuka.

Persembahan baru-baru ini juga menjadi titik perubahan, walaupun ramai yang meramalkan Casemiro akan menggantikannya di Leicester.

McTominay membuktikan kemampuan dirinya di Stadium King Power, seterusnya diperhatikan oleh peminat dalam media sosial.

Video kompilasi yang menunjukkan sorotan pemain Scotland itu memaparkan persembahan yang seimbang dan mantap.

McTominay mempamerkan persembahan yang cukup mengagumkan dan sukar untuk menggugurkan peranannya sekarang.

Peminat telah menyuarakan sentimen dengan memuji aksi pemain berusia 25 tahun itu untuk persembahan dominan yang tidak disangka.

Ujian besar yang perlu ditempuhi Red Devils apabila mengalu-alukan kedatangan Arsenal ke Old Trafford.

Bagi United dan McTominay, pertembungan hebat itu memberikan peluang keemasan untuk membuktikan bahawa kebangkitan mereka bukan hangat-hangat tahi ayam.

Jika McTominay mengekalkan tempatnya dalam kesebelasan utama, maka dia mampu mendiam para pengkritik seperti yang pernah dia lakukan ketika menentang Leicester.

Share Post:

Related Posts