by klasikko in
Community Shield

Musim Liverpool bermula dengan sempurna apabila mereka menewaskan Manchester City 3-1 untuk menuntut piala Perisai Komuniti.

Akhirnya tuah menyebelahi skuad Jurgen Klopp selepas dua perlawanan awal mereka berakhir dengan kekalahan.

Bagaimanapun, The Reds kelihatan lebih garang menjelang musim baru Premier League dengan rentak yang cukup cemerlang.

Mereka lebih tajam dan cergas, menguasai bola dan mengasak City kembali ke dalam kawasan sendiri sebelum Trent Alexander-Arnold membuka jaringan dengan rembatan lencong ke dalam gawang.

City juga seperti biasa dengan cara mereka, memaksa gol penyamaan pada separuh masa kedua Klopp memperkenalkan penyerang termahal kelab iaitu Darwin Nunez ke dalam padang.

Pemain Uruguay yang ditandatangani dari Benfica itu berada dalam prestasi terumbang-ambing semasa perlawanan persahabatan pra-musim Liverpool.

Namun, dia kelihatan seperti seorang yang cukup bersemangat.

Pergerakan Nunez yang pantas dan tajam telah membelah benteng pertahanan Citizens.

Dia terlepas peluang keemasan untuk membuka akaunnya sewaktu situasi satu lawan satu dengan Ederson, tetapi tidak membiarkan peluang kedua disia-siakan.

Nunez adalah pemain yang memenangi penalti bagi Liverpool memulihkan kedudukan mereka, dengan Virgil van Dijk menimbulkan kemarahan beberapa pemain City selepas menyumbat bola.

Dia terus cuba dan mendesak bagi mendapatkan jaringan, akhirnya masanya telah tiba.

Andy Robertson berniat melakukan hantaran lintang kepada Mohamed Salah, namun rezeki di depan mata Nunez untuk menanduk bola masuk menewaskan Ederson.

Walaupun memiliki minit permainan yang terhad, tetapi sorotan individu yang mengagumkan Nunez telah dikumpulkan.

Peminat Liverpool berharap aksi berkelasnya dalam Perisai Komuniti adalah petanda positif buat The Reds.

Nunez akan mengambil keyakinan yang tidak terkira daripada persembahannya pada hari Sabtu, berharap dapat memainkan peranan penting untuk perlawanan akan datang.

Share Post:

Related Posts