
Pengurus terbaik sepanjang zaman, Sir Alex Ferguson telah dipersalahkan di atas kekalahan Manchester United kepada Villarreal.
United menuju ke Gdansk, Poland untuk merebut trofi UEFA Europa League dengan pasukan yang menduduki tangga ke-7 La Liga.
Meskipun berdepan dengan kelab yang bukanlah menjadi kegemaran untuk menang, namun mereka harus memanfaatkan peluang tersebut.
Ironinya, pasukan Ole Gunnar Solskjaer hanya seri 1-1 dalam masa 120 minit dan tewas dalam penentuan sepakan penalti.
Penantian Solskjaer untuk piala pertamanya masih berterusan bersama Red Devils.
Walaupun ada yang menyalahkan jurulatih dari Norway itu, namun ada juga segelintir yang menunding jari ke pihak yang lain.
Paling mengejutkan, Sir Alex menjadi mangsa yang dipersalahkan.
Insan yang membawa banyak kejayaan di Old Trafford itu telah dituduh sebagai ‘pembawa nasib malang’.
Sebelum ini, beliau pernah memberikan ucapan semangat kepada skuad PSG sebelum bertemu Manchester City dan berakhir dengan kekalahan.
Secara kebetulannya, SAF juga sempat memberikan kata-kata motivasinya kepada Juan Mata, Bruno Fernandes, Nemanja Matic dan Edinson Cavani beberapa jam sebelum perlawanan bermula.
PAPAN IKLAN


🦋SHAWL DIAMOND COTTON🦋
[NEW RELEASE]#stayathome
– 1 helai postage : SM Rm8 / SS RM12
– 3 helai postage : SM Rm10 / SS RM15
Hubungi details tertera untuk tempahan: