by klasikko in
Premier League

Jurgen Klopp dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik Premier League dan juga memenangi Trofi Sir Alex Ferguson untuk Pengurus Terbaik semalam.

Walaupun Liverpool terlepas gelaran EPL musim 2021/22 kepada Manchester City, Klopp masih menuntut anugerah individu pada acara malam Selasa.

Klopp telah memenangi dua trofi bersama The Reds setakat musim ini iaitu Piala Carabao dan Piala FA.

Boleh masih memburu trofi ketiga dalam aksi final Liga Juara-Juara hujung minggu ini.

Liverpool menentang Real Madrid di Stade de France dan turun sebagai pasukan pilihan pada awal pagi Ahad nanti.

Pasukan dari Merseyside itu juga menghampiri kemenangan liga, tetapi keputusan 3-2 memihak kepada Man City mengesahkan kejuaraan buat anak buah Pep Guardiola.

Selepas memenangi anugerah, Klopp berkata: “Ia adalah satu penghormatan besar dan ia adalah musim yang gila.

“Usaha kami seperti tidak bermakna, tetapi kami semua bermain untuk segala-galanya.

“Ia agak gugup, ia bukan keputusan terbaik untuk kami, tetapi kami sudah mengatasinya.

“Apabila kamu memenangi anugerah seperti ini, sama ada kamu seorang genius ataupun kamu mempunyai kakitangan kejurulatihan terbaik di dunia.

“Saya di sini bersama empat staf kejurulatihan saya dan mereka tahu betapa saya menghargai mereka.”

Sir Alex Ferguson kemudian mengumumkan Klopp sebagai pemenang anugerah LMA (Persatuan Pengurus Liga) yang diundi oleh keahlian penuh pengurus di semua kelab di England.

“Pedih untuk mengatakan ini… Jurgen Klopp,” kata legenda Manchester United itu.

Klopp menambah: “Ini diundi oleh rakan sekerja saya, jelas merupakan anugerah paling penting yang boleh kamu perolehi.

“Saya kurang percaya dengan anugerah individu dalam bola sepak secara umumnya.

“Ia adalah sukan berpasukan dan saya tidak akan menjadi apa-apa tanpa pemain ini.

“Ini semua tentang apa yang boleh kita lakukan bersama.”

Terdapat detik yang menjadi tumpuan di mana Ferguson mengundurkan diri untuk membiarkan Klopp bergambar bersama trofi dan pengurus England, Gareth Southgate.

Tetapi Klopp yang sangat mengagumi Ferguson, menarik bekas jurulatih berusia 80 tahun tersebut ke bahunya supaya mereka semua boleh bergambar bersama-sama.

Mereka adalah legenda untuk kedua-dua kelab yang bermusuhan, tetapi sikap saling menghormati antara satu sama lain jelas boleh menjadi ikutan ramai.

Klopp kini telah memenangi anugerah Pengurus Terbaik LMA sebanyak dua kali iaitu setanding dengan Guardiola, Arsene Wenger dan Steve Coppell.

Hanya David Moyes (3) dan Ferguson (5) telah memenangi anugerah individu itu.

Share Post:

Related Posts