by klasikko in
Premier League

Keputusan seri 2-2 antara Chelsea dan Tottenham Hotspur disajikan dengan pelbagai drama.

Jaringan penyamaan saat akhir dari Harry Kane untuk pihak lawan memadam gol Reece James di Stamford Bridge. 

Bagaimanapun, perbalahan di tepi padang antara Antonio Conte dan Thomas Tuchel antara yang menarik untuk ditonton.

Pada mulanya, kedua-dua pengurus itu bertengkar kerana Pierre-Emile Højbjerg memperoleh jaringan penuh kontroversi.

Kai Havertz telah dikasari oleh Højbjerg, 41 saat sebelum gol penyamaan Spurs muncul tetapi pengadil tidak memberikan sepakan percuma kepada Chelsea.

Tuchel agak berang dengan keputusan pengadil dan penjaga garisan, untuk menambah bara ke api, Conte meraikan jaringan itu di depan matanya sendiri.

Aksi itu bertambah huru-hara, dengan kedua-duanya dilayangkan kad kuning kerana tindakan berlebihan.

Hukuman itu ditingkatkan kepada kad merah selepas wisel masa penuh ditiupkan. 

Insiden klasik Premier League sekali lagi terjadi apabila sesi bersalaman antara Conte dan Tuchel berakhir dengan pergaduhan besar di dalam padang. 

Salah faham antara Conte dan Tuchel pada akhir perlawanan di Stamford Bridge bermakna mereka berdua tidak dapat berada di tepi padang untuk aksi EPL seterusnya.

Spurs menerima kunjungan Wolves pada Sabtu, manakala Chelsea berdepan tugas sukar bertandang ke Leeds United pada Ahad tanpa bimbingan ketua jurulatih.

Kedua-dua pasukan gergasi London itu akan bertemu sekali lagi pada 23 Februari tahun depan dan ramai menjangkakan lebih banyak lagi drama akan berlaku.

Share Post:

Related Posts