by klasikko in
Moment

Kepulangan Romelu Lukaku yang dramatik dan rekod bayaran termahal Chelsea telah berakhir dengan penuh huru-hara.

Mengakhiri tempoh dua tahun di Inter untuk kembali ke London dalam perjanjian bernilai £97.5 juta, sentuhan jaringan Lukaku tiba-tiba hilang dalam sekelip mata.

Dengan menyarungkan jersi nombor sembilan Chelsea, penyerang Belgium itu melakukan pusingan-U dengan bekas majikannya.

Walaupun pada zahirnya bukanlah satu kegagalan bagi seorang pemain untuk menjaringkan 15 gol dalam semua pertandingan.

Namun dari segi apa yang dibayarkan kepadanya, ramai yang mengharapkan lebih terutamanya keputusan berani meninggalkan pasukan yang baru saja menjuarai Scudetto 2020/2021.

Malangnya, semuanya serba tidak menjadi kerana Lukaku sentiasa kelihatan tidak sesuai dalam sistem Thomas Tuchel.

Apabila temu bual oleh Sky Italia itu pada Disember lalu, kata-kata kontroversinya itu tiada jalan untuk berpatah balik.

Lukaku adalah seorang lagi penyerang malang yang terkena sumpahan nombor sembilan di Chelsea.

Sebelum Lukaku, ia adalah Alvaro Morata. Sebelum Morata, ia adalah Radamel Falcao. Sebelumnya, Fernando Torres iaitu salah seorang penyerang terbaik di dunia apabila berpindah ke Chelsea.

Sebelum Torres, angka itu telah diberikan kepada pemain seperti Khalid Boulahrouz dan Steve Sidwell.

Percaya ataupun tidak, jersi nombor sembilan Chelsea bukanlah satu-satunya sumpahan yang menghantui bola sepak di pentas profesional.

Sebenarnya terdapat beberapa sumpahan ngeri dan pelik yang telah menyelinap ke dalam bola sepak, berikut adalah 10 sumpahan yang sehingga kini menjadi mimpi ngeri:

10. Sumpahan Drake

Pemain bola sepak terkenal yang telah berjumpa dengan bintang sensasi rap Kanada, Drake dan kemudiannya berkongsi gambar di media sosial nampaknya telah terkena badi.

Layvin Kurzawa memuatnaik foto dengan Drake pada 2019, malangnya PSG dibelasah 5-1 dalam perlawanan seterusnya oleh Lille.

Sergio Aguero bergambar dengan Drake dan Manchester City disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Tottenham pada tahun yang sama.

Malah, pada tahun 2019 ketika jelajah Eropah, ia telah menarik sumpahan itu kepada beberapa pemain bola sepak.

Kesimpulannya, usahlah melepak dengan Drake.

9. Nombor 7 Manchester United

Ada beberapa pihak yang mempertikaikan kepulangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United dan selepas itu menuntut semula nombor jersi 7 yang dikosongkannya pada 2009.

Berikutan pemergian awal Ronaldo ke Real Madrid, United langsung tidak bernasib baik untuk mencari nombor tujuh baharu.

Michael Owen mula-mula mengambil baju itu, kemudian Antonio Valencia memegangnya untuk satu musim yang merosot sebelum melepaskannya semula.

Angel Di Maria umpama bencana bersama jersi 7 dan Memphis Depay juga gagal.

Peminat United berharap agar nombor tujuh mereka seterusnya selepas Ronaldo lebih bertuah nanti.

8. “Jangan sentuh trofi”

Walaupun kedengaran tak masuk akal, tetapi sumpahan ini berlaku secara meluas.

Apabila berlangsungnya pentas final Liga Juara-Juara, pemain disarankan untuk tidak menyentuh trofi ketika perarakan keluar dari terowong stadium.

Ludovic Giuly menyentuh trofi sebelum perlawanan akhir UCL 2004 ketika Monaco menuju ke padang dan mereka tewas kepada Porto.

Gennaro Gattuso melakukan perkara yang sama pada musim berikutnya dan Liverpool mencipta kebangkitan dramatik untuk tumbangkan AC Milan.

Anatoliy Tymoshchuk menyentuhnya pada tahun 2012 dan Bayern Munich tewas kepada Chelsea.

Pengajarannya, janganlah sesuka hati sentuh trofi sebelum memenanginya.

7. Bayer ‘Neverkusen’

Satu lagi sumpahan berkait dengan trofi, Bayer Leverkusen mengalami tempoh yang menyedihkan dalam usaha untuk mencapainya.

Pasukan Jerman itu menamatkan saingan liga di tempat kedua pada tahun 2000 selepas Michael Ballack menjaringkan gol sendiri yang menyayat hati pada hari terakhir sekaligus kehilangan gelaran mereka.

Pada 2001/02, mereka mendahului lima mata di puncak liga dan tewas dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan DFB-Pokal.

Lima kali naib juara Bundesliga itu masih belum memenangi liga peringkat tertinggi di Jerman.

6. Sumpahan Aaron Ramsey

Antara paling pelik dan paling malang sekali.

Secara kebetulan, mana-mana selebriti atau orang yang terkenal akan meninggal dunia sejurus selepas Ramsey menjaringkan gol.

Ia seolah-olah bermula pada 2018 apabila gol Ramsey untuk Arsenal menentang CSKA Moscow disusuli dengan berita kematian pemain dart, Eric Bristow.

Ia juga berlaku pada tahun 2022 apabila Ramsey mencetak jaringan untuk Rangers di Old Firm pada bulan April.

Tidak lama selepas itu, June Brown iaitu aktres Eastenders telahpun meninggal dunia.

5. Sumpahan 100 tahun Birmingham

Sumpahan Gypsy telah menimpa Birmingham City dan kawasan berhampiran mereka di St. Andrews pada Boxing Day 1906 oleh orang Romany yang terpaksa berpindah supaya padang bola boleh dibina.

Sumpahan itu melanda kelab itu selama lebih satu abad.

Pada tahun 1980-an, Ron Saunders mengarahkan tanda salib dipasang pada lampu limpah dan pada tahun 90-an, Barry Fry terdesak untuk menghilangkan sumpahan itu.

Dia menyangka membuang air kecil di keempat-empat penjuru padang akan menghilangkan segalanya, tetapi ia tidak.

Hanya beberapa tahun selepas sumpahan itu terpadam pada 2006, Birmingham memenangi trofi pertama mereka dalam kemenangan mengejut Piala Liga ke atas Arsenal pada 2011.

4. Sumpahan ejen Yaya Toure pada Manchester City

Satu lagi sumpahan yang sengaja terjadi, pengguguran Yaya Toure dari City adalah menyedihkan apabila kedatangan Pep Guardiola sebagai pengurus.

Dari situlah konflik bermula apabila dia tidak menerima kek hari jadi daripada kelab pada 2014.

Bagaimanapun, kedatangan Guardiola benar-benar menjadi punca.

Pertama kali Pep tiba di England, dia terus mengetepikan Toure daripada skuad Liga Juara-Juara City pada 2015/16 sebelum meninggalkan Eastland pada 2018.

Ejen Toure, Dimitri Seluk kemudian menyatakan bahawa sumpahan bomoh terletak di atas kelab yang melarang mereka memenangi UCL di bawah Guardiola.

Sejak itu, mereka telah tewas dalam perlawanan akhir UCL dan tersingkir secara konsisten di separuh akhir.

3. Sumpahan pemenang Piala Dunia

Empat daripada lima juara Piala Dunia edisi sebelum itu telah tersingkir dalam peringkat kumpulan pada kejohanan berikutnya.

Hanya Brazil sahaja yang berjaya mengelak daripada tersungkur kepada sumpahan yang sukar ditandingi.

Jerman menjadi negara Eropah keempat berturut-turut yang mengalami nasib buruk apabila mereka menduduki tangga tercorot dalam Kumpulan F pada 2018.

Sebelum mereka adalah Sepanyol, sebelum Sepanyol adalah Itali dan sebelum mereka adalah Perancis.

Dengan Perancis menuju ke 2022 sebagai juara bertahan, 20 tahun selepas membuka pintu dan tekanan itu serta-merta dipikul Les Bleus.

2. Sumpahan Bela Guttman terhadap Benfica di pentas Eropah

Setelah membimbing Sang Helang mendakap dua Piala Eropah berturut-turut pada 1961 dan 1962, Guttman meninggalkan Benfica.

Susulan kejayaan Guttman tahun 1962, dia menyifatkan sebagai kenaikan gaji yang ‘sederhana’.

Guttman mengisytiharkan bahawa Benfica tidak akan memenangi satu lagi trofi Eropah untuk 100 tahun akan datang selepas meninggalkan kelab berikutan pertikaian itu.

Mereka terus tewas lima perlawanan akhir Piala Eropah selepas insiden itu (1963, 1965, 1968, 1988, 1990),

Tetapi, baru-baru ini pemain bawah 19 tahun mereka memenangi Piala Remaja UEFA pada 2022, yang mereka harap akhirnya mengangkat sumpahan itu.

1.Kucing hitam dan Racing Club

Ini adalah sumpahan paling mengerikan dan menyeramkan.

Pada tahun 1967, penyokong Independiente memecah masuk ke dalam stadium Racing Club dan menanam tujuh ekor bangkai kucing hitam di bawah padang berikutan kemenangan sulung mereka di Copa Libertadores.

Sumpahan itu tersebar kerana status Racing Club sebagai kelab paling berjaya di benua itu akhirnya tercalar pada tahun 60-an.

Mereka bernasib baik dapat mengelak daripada penyingkiran dengan perbezaan satu mata pada 1976 selepas bertahun-tahun merosot.

Mereka akhirnya tersingkir pada tahun 1983 dan diisytiharkan muflis pada tahun 1998.

Dalam usaha untuk menghapuskan sumpahan, eksorsisme telah dilakukan dan tanah digali untuk mengeluarkan bangkai kucing tersebut tetapi hanya enam ditemui.

Bangkai ketujuh akhirnya ditemui pada tahun 2001 dan selepas itu mereka memenangi kejuaraan liga buat kali pertama dalam tempoh 34 tahun pada penghujung musim itu.

Share Post:

Related Posts