by klasikko in
Premier League

Seorang pemain bola sepak Premier League telah ditahan di London Utara kerana kes merogol.

Pemain itu dikatakan berusia lingkungan lewat 20-an dan kini dalam tahanan untuk disoal siasat berhubung dakwaan serangan yang dikatakan berlaku menjelang akhir Jun.

Identiti pemain bola sepak itu tidak boleh didedahkan atas sebab undang-undang pada masa ini.

Tetapi pasti maklumat akan tersebar meluas dalam beberapa hari atau minggu akan datang.

Ini adalah satu lagi dakwaan jenayah seks yang dikaitkan dengan pemain bola sepak di EPL sejak kebelakangan ini selepas kes Mason Greenwood dan Yves Bissouma.

Bintang Man United itu telah diikat jamin atas dakwaan jenayah rogolnya, manakala pemain Spurs itu telah dibebaskan daripada sebarang salah laku dalam kes serangan seksual.

Polis Metropolitan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu: “Pada 4 Julai, dakwaan merogol seorang wanita berusia 20-an telah dilaporkan kepada polis.

“Dilaporkan dakwaan rogol berlaku pada Jun 2022. Pada 4 Julai, seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditangkap di di Barnet kerana disyaki merogol dan ditahan di tempat dia tinggal.”

“Siasatan lanjut sedang dijalankan.”

Sama ada pemain itu dibenarkan untuk beraksi pada musim baharu masih belum diketahui.

Difahamkan, pemain berkenaan juga dikatakan akan menyertai Piala Dunia tahun ini yang kini mungkin berada dalam risiko untuk digugurkan berikutan dakwaan ini.

Share Post:

Related Posts