by klasikko in
Bundesliga

Arsenal bakal membuka langkah untuk pemain sayap Bayern Munich, Leroy Sane selepas terlepas Raphinha.

Barcelona mengumumkan pembelian Raphinha dari Leeds dan pemain sayap Brazil itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal.

Fabrizio Romano mencadangkan Arsenal boleh mencari alternatif pada jendela perpindahan ini.

Dengan pengenalan lima pemain gantian dan sudah layak ke Liga Europa musim lalu, Arsenal perlu menambah kekuatan secara mendalam jika mahu bersaing ke puncak liga.

Menurut wartawan CBS Sports Ben Jacobs, Arsenal telah menaruh harapan kepada Sane pada musim panas ini.

“Perpindahan ke La Liga mungkin lebih berkemungkinan, saya tidak pernah denga berita daripada Chelsea.

“Sebenarnya saya lebih banyak mendengar khabar dari Arsenal bahawa dia adalah nama yang dipertimbangkan pada awal jendela, tetapi kemudian mereka mengubahnya.

“Mereka mengalih perhatian kepada Raphinha,” kata Jacobs bercakap mengenai Sane.

Dengan Raphinha melengkapkan perpindahannya ke Barcelona, kini Arsenal semakin menghampiri Sane.

Bekas bintang Manchester City itu sudah mempunyai pengalaman di Premier League, jadi Arsenal tidak perlu risau tentang penyesuaian dirinya dengan kehidupan di England.

Share Post:

Related Posts