by klasikko in
UEFA Champions League

Carlo Ancelotti menghantar mesej kepada peminat Everton apabila mengimbau peristiwa Real Madrid menawarkannya peluang untuk kembali ke Bernabeu.

Pengendali dari Itali yang mengetuai gergasi La Liga itu melakarkan kemenangan final Liga Juara-Juara ke atas Liverpool, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Vinicius Junior memberikan Madrid Piala Eropah ke-14 mereka, sementara bekas bos Toffees itu memenangi Liga Juara-Juara buat kali keempat dalam kariernya.

Setelah meninggalkan Everton dalam keadaan kontroversi musim panas lalu, penyokong tidak berpuas hati dengan cara Ancelotti meninggalkan kelab itu.

Dalam kesempatan itu, beliau bergurau bahawa mereka akan lebih gembira dengannya susulan kemenangan ke atas Liverpool.

“Benar, saya tidak menjangkakan tawaran itu,” katanya kepada wartawan.

“Real Madrid telah menelefon saya mengenai perkara lain.

“Kemudian mereka bertanya sama ada saya mahu kembali ke sana.

“Kamu tidak boleh menolak Real Madrid, ia adalah mustahil.

“Sudah tentu Everton tidak begitu gembira.

“Saya rasa mereka lebih gembira sekarang kerana kami telah menang malam ini.”

Share Post:

Related Posts