by klasikko in
La Liga

Antonio Rudiger terkenal sebagai seorang pertahanan yang cukup kebal.

Di bawah pengurusan Thomas Tuchel di Chelsea, bek tengah Jerman itu mencapai prestasi terbaiknya.

Musim panas ini, Real Madrid mengambil kesempatan selepas kontraknya dengan kelab London sudahpun tamat.

Pertahanan itu telah menunjukkan kekentalannya dalam latihan termasuklah Luka Modric dan Eden Hazard.

Rudiger juga mencetuskan kekecohan selepas Vinicius dikasari oleh Gavi dalam pertemuan panas El Clásico.

Pemain Jerman itu bergegas untuk berdepan dengan Ronald Araujo yang mungkin merupakan salah seorang pemain Barcelona yang mempunyai fizikal yang tegap.

Perangai agresif Rudiger itu terbawa-bawa sehingga ke padang latihan.

Rekrut baru Real Madrid itu melakukan terjahan keras ke atas Modric dan meninggalkannya dalam keadaan kesakitan.

Share Post:

Related Posts