by klasikko in
La Liga

Barcelona semakin hampir dengan pembelian kedua mereka dari Chelsea pada musim panas ini, selepas sudah membawa masuk Andreas Christensen.

Christensen baru-baru ini melengkapkan perpindahannya ke Barcelona selepas kontraknya di London tamat.

Disebabkan oleh sekatan yang dikenakan terhadap Chelsea, mereka tidak dibenarkan berunding tawaran baru untuk mana-mana pemain.

Ia juga bermakna ketua pasukan mereka terpaksa pasrah untuk meninggalkan kelab.

Barcelona kini mendekati seorang lagi pemain The Blues, Cesar Azpilicueta menurut El Chiringuito TV.

Bek Sepanyol itu telah berkelana hampir sepuluh tahun di England, tetapi nampaknya pemain berusia 32 tahun tersebut menyahut cabaran baru.

Menyertai Blaugrana membolehkan Azpilicueta kembali ke negara kelahirannya dan merasai pengalaman bermain untuk salah satu kelab terbesar di Sepanyol.

Kemampuan Azpilicueta bermain dalam pelbagai posisi memainkan peranan dalam kerjayanya beberapa tahun kebelakangan ini.

Legenda Chelsea itu telah digunakan sebagai bek tengah dan bek kanan di Stamford Bridge.

Dukacitanya, dia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Singa Biru selepas komitmen yang tinggi kepada kelab.

Share Post:

Related Posts