by klasikko in
Premier League

Manchester United, Manchester City dan Chelsea dilaporkan antara kelab yang menolak peluang untuk mendapatkan Neymar pada musim panas ini.

Penyerang Brazil itu kini bersedia untuk meninggalkan Paris Saint-Germain untuk berpindah ke kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal dalam perjanjian €90 juta.

Menurut laporan Independent yang menyatakan bahawa Man Utd, Man City, Chelsea, Real Madrid dan Bayern Munich semuanya ditawarkan peluang untuk mendapatkan Neymar.

Tetapi mereka menolak peluang itu kerana yuran perpindahan dan gaji yang sangat tinggi.

Laporan itu menambah bahawa Barcelona berminat untuk menandatangani semula Neymar secara pinjaman, tetapi pemain berusia 31 tahun itu kini menuju pintu keluar dari Eropah.

Barca terpaksa menjual sebanyak empat pemain untuk menyelesaikan perjanjian untuk Neymar secara realistik dari segi kewangan tetapi nampaknya dia kini agak berat hati unutk menolak perpindahan ke Al Hilal, menurut Independent.

Agak mengejutkan untuk melihat pemain elit seperti itu meninggalkan Eropah sebelum dia hampir mencapai usia persaraan.

Tetapi wajar juga untuk mengatakan dia tidaklah berada pada prestasi terbaik buat sementara ini.

Jadi tidak hairanlah dia tidak menyertai kelab seperti United ataupun kelab terkemuka lain.

Share Post:

Related Posts