by klasikko in
Piala Dunia

Beberapa peminat yakin Argentina sengaja tewas kepada Arab Saudi atas alasan yang sangat bijak.

Skuad kendalian Lionel Scaloni itu mara ke perlawanan pembukaan Kumpulan C dengan memegang rekod 36 perlawanan tanpa kalah berturut-turut sejak tiga tahun lalu.

Tetapi pasukan pilihan itu dikejutkan apabila gol daripada Saleh Al Shehri dan Salem Al-Dawsari pada babak kedua melengkapkan kebangkitan berikutan penalti awal Lionel Messi.

Bagaimanapun, beberapa penyokong di Twitter secara berseloroh percaya kekalahan itu mungkin sebahagian daripada pelan rapi dari La Albiceleste.

Ini kerana jika Argentina mengungguli Kumpulan C dan Brazil memenangi Kumpulan G, maka saingan utama Amerika Selatan itu akan diundi dalam laluan yang sama.

Oleh itu, sekiranya mereka mara pada peringkat kalah mati, maka aksi separuh akhir antara kedua-dua pasukan akan berlangsung di Stadium Lusail pada 13 Disember.

Sekiranya Argentina menduduki tempat kedua dalam kumpulan di belakang Arab Saudi, Mexico atau Poland, mereka akan ke pusingan seterusnya berkemungkinan bersama Perancis dan England.

Ahli-ahli teori konspirasi mengeluarkan hujah di media sosial untuk perjalanan bagi juara Copa America itu.

Dengan berbaki dua perlawanan di peringkat kumpulan, kita akan lihat sama ada ini benar-benar telah dirancang Argentina selama ini.

Share Post:

Related Posts