
Bruno Fernandes. Seorang pemain yang mampu menghidupkan semula permainan mantap Manchester United, malah ada yang mencanangnya sebagai ‘Next Cristiano Ronaldo’.
Hari ini pada setahun yang lalu, beliau telah berhijrah ke Old Trafford dari Sporting Lisbon dengan nilai £47 juta dan telah membuktikan kepada haters bahawa tanggapan mereka adalah salah.
Malah, skuad Ole Gunnar Solskjaer pada ketika itu begitu jauh untuk menamatkan saingan dalam kelompok Top Four, sebaliknya mereka mengakhiri kedudukan pada tangga ke-3 impak daripada kehadirannya.
Sejak menyertai pasukan dengan gelaran terbanyak Premier League itu, beliau telah menyumbat 28 gol dalam semua pertandingan dan mencipta 17 assist kepada rakan sepasukannya dalam keseluruhan 52 perlawanan.
Tidak meragukan lagi, sememangnya Fernandes adalah salah satu perpindahan paling berbaloi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Lihat reaksi peminat yang pernah menjangkakan bahawa jejaka dari Portugal itu tidak akan flop di bumi England.
Sudah tentu mereka telah menyesal dengan ramalan yang jauh melayang daripada yang disangka.
Satu gambar di bawah ini boleh menceritakan jalan lurus tanpa berliku yang dilalui Bruno Fernandes bersama Red Devils.
PAPAN IKLAN
Tonton pelbagai siaran TV tempatan, luar negara, sukan dan banyak lagi dengan menggunakan internet dengan harga yang paling murah dan mudah melalui peranti Android dan iOS. Jika berminat, sila layari:
https://fgsstore.weebly.com/xflix.html


*Jika anda mempunyai sebarang produk, perniagaan atau sebagainya untuk kami promosikan, sila layari laman Facebook kami atau komen di ruangan di bawah untuk pertanyaan lanjut.