
Arsenal kehilangan mata buat kali kedua di Premier League musim ini apabila mereka seri 1-1 di Southampton pada 23 Oktober.
Kunjungan ke Stadium St. Mary adalah tugas sukar, peminat Gunners dikatakan cukup yakin akan membawa pulang tiga mata menentang pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran.
Arsenal yang sekarang bukan seperti dulu, mereka kini disebut-sebut sebagai pencabar kejuaraan EPL sejak zaman Arsene Wenger.
Anak-anak buah Mikel Arteta bangkit pada kempen kali ini dengan memenangi sembilan daripada sepuluh perlawanan pembukaan untuk mengatasi Manchester City.
Bagaimanapun, seri 1-1 di selatan England adalah kali kedua mereka kehilangan mata sejak tewas 3-1 di Old Trafford.
Walaupun pada mulanya terasa seperti mereka akan menguasai perlawanan sepenuhnya apabila Granit Xhaka mendahului pasukan pelawat selepas hanya 11 minit.
Gunners kelihatan hambar selepas waktu rehat dan membiarkan pintu terbuka untuk Southampton menerkam.
Stuart Armstrong menemui gol di tengah-tengah separuh masa kedua, dengan sewajarnya memastikan mata penting untuk The Saints.
Tetapi dalam beribu alasan, ada yang mengatakan seekor burung merpati telah menyebabkan Arsenal keciciran tiga mata.
Seekor burung kecil dilihat berlegar-legar di dalam kotak seluas enam meter tetapi mampu menumbangkan seluruh 11 pemain Gunners.
Dalam satu suntingan video dari akaun TikTok rasmi Premier League menunjukkan Aaron Ramsdale sempat menjeling pada burung itu dua kali hanya beberapa saat sebelum Southampton menjaringkan gol.
Apa yang lebih melucukan apabila ramai peminat Arsenal ketawa mengenangkan bahawa seekor merpati kecil yang berani mungkin boleh menjadi penyebab mereka kehilangan trofi EPL.