by klasikko in
Premier League

Video Scott McTominay menggunakan tangan untuk membantunya menghasilkan skil ‘Around the world’ telah mengejutkan peminat.

McTominay adalah salah seorang bintang Manchester United yang paling rajin,

Ramai yang menyukai kerja keras pemain Scotland itu yang tidak berbelah bahagi dan keinginan untuk menang.

Kebiasaannya McTominay banyak melibatkan dirinya mematikan cubaan penyerang lawan di tengah-tengah padang.

Dalam video baru-baru ini yang tersebar di Twitter, pemain tengah United itu menimbang bola di skrin hijau untuk berhadapan kamera.

Tetapi apabila dia cuba mencipta ‘Around the world’, dengan selambanya dia mencedok bola dengan tangan kirinya untuk mengelak terjatuh ke lantai sebelum meneruskan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Ia benar-benar pelik dan tidak dapat mengetahui sama ada itu adalah satu bentuk jenaka yang telah difikirkan sebelumnya.

Ataupun McTominay benar-benar tidak mengetahui helah yang ramai pemain muda boleh lakukan dengan mata tertutup.

Terdapat ramai Youtuber dan freestyler yang boleh mempesonakan penonton dengan seni menggunakan kaki dan itulah sebenarnya asas untuk menjadi seorang pemain bola sepak.

Sekali lagi, bukannya kita merendahkan keupayaan McTominay yang benar-benar tidak boleh melakukannya ataupun dia mungkin boleh.

Cuma itulah yang dipercayai oleh ramai dengan klip video yang sudah tular di media sosial.

Share Post:

Related Posts