by klasikko in
Premier League

Mohamed Salah bakal memperoleh lebih daripada yang tertulis dalam kontrak baharu bersama Liverpool.

Salah akhirnya menandatangani pen di atas kertas melanjutkan kontraknya pada akhir minggu lalu.

Pemain Mesir itu menyerahkan masa depannya kepada The Reds sehingga mencecah usia 33 tahun pada 2025.

Sudah pasi Salah dan kelabnya yakin dia boleh terus beraksi di peringkat bertaraf dunia sehingga pertengahan 30-an.

Penyerang itu kini selesa memperoleh pendapatan lebih daripada mana-mana pemain lain di Liverpool, walaupun struktur gaji masih tidak seimbang.

Menurut The Athletic, Salah bersetuju dengan syarat bernilai £350,000 seminggu dalam gaji pokoknya.

Pelbagai bonus yang ditulis dalam perjanjian itu boleh menyaksikan kenaikan itu “hampir menjangkau bayaran ¬£400,000 seminggu.”

Bonus itu sebahagian besarnya berdasarkan gol dan bantuan, dengan pemain No. 11 itu menghasilkan bantuan hantaran terbaiknya (15) dan rekod jaringan terbanyak musim lalu.

Andai dia berjaya memenuhi sasaran tersebut, Salah akan memperoleh gaji keenam tertinggi berbanding mana-mana pemain dalam dunia bola sepak.

Pearce mendakwa bahawa tawaran sebelum ini hanya berjumlah sekitar £230,000 seminggu.

Kenaikan gajinya naik sebanyak 15 peratus daripada perjanjian yang ditandatangani pada 2018 iaitu pemain ke-15 dibayar tinggi.

Salah menerima tawaran menarik di tempat lain, dengan Barcelona antara kelab menghubungi ejennya tetapi dia menunjukkan cita-cita untuk kekal bersama Liverpool.

Share Post:

Related Posts