by klasikko in
Premier League

Allan Saint-Maximin menghadiahkan seorang peminat Newcastle seutas jam tangan Rolex selepas Magpies menewaskan Nottingham Forest untuk meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan musim EPL.

Pasukan Eddie Howe membenam selesa 2-0 ke atas pasukan yang baru dinaikkan liga, hasil jaringan Fabian Schar dan Callum Wilson.

Nampaknya keputusan itu membuatkan pemain lincah Perancis itu dalam mood yang sangat murah hati sekaligus menghadiahkan barangan bernilai kepada seorang penyokong yang cukup bertuah.

Peminat setia Newcastle, Steve Dutton sedang menunggu di sepanjang laluan keluar pemain untuk menunjukkan penghargaannya kepada pasukan kesayangannya.

Dia membawa bendera Perancis yang mempunyai nama dan nombor Saint-Maximin dan menarik perhatian bintang Newcastle itu.

Selepas berhenti untuk menandatangani autograf, dia mengeluarkan kotak yang berisi Rolex berwarna emas yang cantik serta memutuskan untuk menghadiahkan kepada Dutton.

Dutton mengucapkan terima kasih kepada Saint-Maximin atas kemurahan hatinya di Twitter.

“Saya adalah insan yang dihadiahkan jam tangan daripada ASM.

“Saya benar-benar terpaku. Saya fikir dia akan datang untuk menandatangani autograf dan bergambar bersama anak-anak saya.

“Saya masih terkejut, saya hanya boleh berterima kasih kepada @saintmaximin.”

Ia sangat menggembirakan untuk melihat pemain bintang membalas jasa peminat dengan cara agak luar biasa, ini bukan kali pertama Saint-Maximin memberikan peminat Newcastle dengan hadiah mewah.

Pada Disember 2021, dia memutuskan untuk menghargai penyokong Magpies bernama Michael Urwin dengan memberinya jam tangan bernilai lebih daripada £2,000.

Share Post:

Related Posts