
Liverpool sedang mengalami musim yang mengecewakan, The Reds bergelut dalam semua aspek.
Bekas bintang mereka, Sadio Mane percaya bahawa Jurgen Klopp mampu mengubahnya.
Bintang Senegal itu meninggalkan Merseyside pada musim panas ke Bayern Munich selepas mengharungi pengalaman luar biasa di Anfield.
Di sana dia memenangi hampir setiap trofi bersama gergasi Premier League itu.
Ketiadaan Mane telah dikaitkan dengan sebahagian daripada kejatuhan Liverpool.
Tetapi, pemain berusia 30 tahun itu percaya Liverpool akan kembali dan Klopp adalah orang yang tepat untuk mengubah nasib mereka.
Mane telah menjadi pemerhati yang teliti terhadap bekas kelabnya musim ini walaupun meninggalkan musim panas lalu dan memberitahu Bild bahawa dia kekal positif tentang masa depan Liverpool di bawah bimbingan bekas jurulatihnya.
“Liverpool akan kembali,” kata pemain antarabangsa Senegal itu menerusi Daily Mail.
“Saya yakin mereka akan mengatasi situasi ini. Mereka mengalami banyak kecederaan dan ujian yang sukar, tetapi Jurgen Klopp pastinya orang yang tepat.
“Dia akan memimpin Liverpool kembali, mulai musim ini – pemain menyukainya.”