by klasikko in
Carabao Cup

Legenda Manchester United, Roy Keane membuatkan para pakar Sky Sports tergelak kecil selepas meminta Erik ten Hag untuk mendapatkan tiket ke final Piala Carabao.

United menempah tempat ke Wembley dengan kemenangan 2-0 menentang Nottingham Forest di Old Trafford, melengkapkan kedua-dua perlawanan separuh akhir dengan agregat 5-0.

Mereka akan menentang Newcastle United pada 26 Februari, dengan kedua-dua kelab memburu misi menamatkan kemarau trofi.

Selepas perlawanan, Ten Hag keluar dari bilik persalinan untuk memberi komen tentang persembahan pasukannya.

Keane secara berseloroh bertanya kepada Ten Hag: “Jika kamu mempunyai sebarang tiket lebihan untuk perlawanan akhir, adakah kamu membenarkan saya mendapat dua (tiket)?”

Ten Hag sambil ketawa menjawab: “Boleh. Saya rasa boleh, Roy. Tiada masalah!”

Share Post:

Related Posts