
Cristiano Ronaldo nampaknya meninggalkan Old Trafford sebelum wisel penamat selepas kembali beraksi untuk Manchester United menentang Rayo Vallecano.
Ronaldo telah terlepas hampir keseluruhan pra-musim United dan sehingga kini masih berkait laporan bahawa dia mahu berpindah dari kelab itu.
United menyatakan alasan ‘atas sebab peribadi’ kerana ketiadaan Ronaldo yang berterusan.
Tetapi ketika Red Devils menjadi tuan rumah kepada Rayo Vallecano dalam perlawanan persahabatan terakhir pra-musim, Ronaldo kembali beraksi.
Bintang Portugal itu nampaknya menerima sambutan yang hangat apabila dia mula-mula keluar dari terowong untuk memanaskan badan di Theatre of Dreams.
Ronaldo bermain pada 45 minit pertama sebelum digantikan oleh Amad Diallo, ia adalah satu-satunya pertukaran yang dilakukan Erik ten Hag pada waktu rehat.
Dia kelihatan kurang cergas sepanjang 45 minit, ia mungkin tidak terlalu mengejutkan memandangkan kebanyakan pemain sudah merasai perlawanan sebelum ini.
Penggantinya, Diallo membuka jaringan beberapa minit selepas berada di atas padang.
Bagaimanapun, United menamatkan kempen pra-musim mereka dengan keputusan seri selepas Alvaro Garcia menyamakan kedudukan dengan baki setengah jam.
Sama ada Ronaldo turut menonton rakannya bermain pada separuh masa kedua adalah menjadi bahan bualan.
Dia didakwa meninggalkan stadium sebelum wisel penamat.
Foto Ronaldo ditangkap oleh peminat ketika dia berjalan meninggalkan Old Trafford.
Mungkin dia telah diberi kebenaran oleh Ten Hag untuk meninggalkan perlawanan lebih awal atas beberapa alasan berbeza.
Tanpa sebarang penjelasan, ia bukanlah satu petanda yang baik untuk seseorang yang berniat ingin meninggalkan kelab.