
Cristiano Ronaldo mencipta sejarah menentang Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.
Tonggak utama Manchester United tersebut menjaringkan hatrik yang menakjubkan dalam kemenangan 3-2 menentang pasukan London utara itu.
Beliau mencatat gol ke-805, 806 dan ke-807 dalam karier profesionalnya.
Tiga gol itu bermakna Ronaldo kini mengatasi legenda, Josef Bican sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak.
Tiada siapa yang boleh menandingi rekod gol yang lebih banyak daripada Ronaldo, walaupun usianya sudah mencecah 37 tahun pada Februari lalu.
Kegagahan kudrat bintang Portugal itu bermakna beliau mungkin masih boleh menggegarkan gawang untuk beberapa tahun lagi.
Oleh itu, selepas Ronaldo memecahkan rekod apabila bertemu Spurs, berikut adalah 10 penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak:
10. Tulio Maravilha, Brazil
575 gol (jumlah perlawanan tidak diketahui)
Tahun 1988 hingga 2019

9. Uwe Seeler, Jerman
575+ gol (jumlah perlawanan tidak diketahui)
Tahun 1953 hingga 1978

8. Ferenc Deak, Hungary
576+ gol (jumlah perlawanan tidak diketahui)
Tahun 1940 hingga 1957

7. Gerd Muller, Jerman
734 gol dalam 793 perlawanan
Tahun 1962 hingga 1981

6. Ferenc Puskas, Hungary
746+ gol dalam 754+ perlawanan
Tahun 1943 hingga 1966
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_image/image/67805761/692406245.jpg.0.jpg)
5. Pele, Brazil
757 gol dalam 831 perlawanan
Tahun 1957 hingga 1977

4. Lionel Messi, Argentina
759 gol dalam 961 perlawanan
Tahun 2003 hingga sekarang
3. Romario, Brazil
772 gol 994 perlawanan
Tahun 1985 hingga 2007

2. Josef Bican, Republik Czech
805+ gol dalam 530+ perlawanan
Tahun 1931 hingga 1956

1.Cristiano Ronaldo, Portugal
807 gol dalam 1,110 perlawanan
Tahun 2001 hingga sekarang
Satu pencapaian yang cukup hebat oleh Ronaldo.
Messi mungkin boleh mencapai rekod seperti itu, tetapi memerlukan sentuhan ajaibnya bersama PSG.
Buat ketika ini, masih sukar untuk mana-mana pemain untuk melakarkan jaringan sebanyak Ronaldo.