by klasikko in
Premier League

Cristiano Ronaldo dilaporkan bimbang dengan langkah perlahan Manchester United dalam pasaran perpindahan musim panas ini.

Beliau dikatakan akan meninggalkan kelab itu jika hierarki Old Trafford gagal menyokong Erik ten Hag dengan pemain baharu.

Ten Hag sedang berusaha untuk membentuk semula skuad United yang terumbang-ambing.

Setelah menjadi mengambil alih jawatan, pengurus Belanda itu telah mengalami banyak halangan dalam usahanya untuk membawa masuk rekrut baru.

United telah mengejar Frenkie de Jong selama berminggu-minggu, manakala pertahanan Ajax iaitu Jurrien Timber nampaknya tidak berminat untuk bersatu semula dengan bos lamanya.

United sangat terdesak untuk membawa muka baru, difahamkan terdapat kebimbangan mengenai kekurangan aktiviti perpindahan di dalam kalangan peminat.

Malahan, bintang utama mereka Ronaldo juga risau tentang kekurangan usaha sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Menurut laporan baharu, pemain berusia 37 tahun itu ‘risau’ dengan pendekatan semasa United dalam pasaran perpindahan.

Kelab itu gagal mendapatkan sebarang pemain sejak jendela perpindahan dibuka awal bulan ini.

Manakala pesaing lain seperti Manchester City, Liverpool, Tottenham dan Arsenal semuanya telah mengorak langkah drastik untuk memperkuat skuad mereka.

Ronaldo kembali ke United dengan menyimpan hasrat untuk memenangi trofi dan ‘berazam’ untuk membuktikan dirinya masih relevan di Premier League.

Malangnya, bekas pemain Real Madrid dan Juventus itu akur dengan kemerosotan United dan sekarang ini gagal menambahbaik skuad mereka dengan secukupnya.

Ia mungkin musim yang perlu dilupakan untuk United tahun lalu, tetapi kepulangan Ronaldo adalah satu daripada beberapa perkara positif yang muncul sewaktu kempen 2021/22.

Bintang Portugal itu memberi impak yang besar di Old Trafford dengan mengumpul 24 gol dalam 39 perlawanan meskipun gagal membantu United mengakhiri tempat empat teratas liga.

Kehilangan Ronaldo dan terlepas beberapa sasaran pemain baru akan menjadi senario mimpi ngeri untuk Ten Hag dalam usaha untuk memperbaiki nasib United di dalam dan luar padang.

Bekas jurulatih Ajax tersebut tiba di Manchester selepas membimbing Ajax meraih tiga gelaran Eredivisie dalam tempoh empat tahun.

Namun, memimpin United kembali ke peringkat atasan EPL akan menjadi ujian getir buatnya.

United mengharungi musim terburuk mereka musim lalu dan bersedia kehilangan beberapa pemain berpengalaman seperti Paul Pogba , Juan Mata dan Edinson Cavani pada akhir bulan ini.

Share Post:

Related Posts