by klasikko in
Moment

Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Manchester United ke Chelsea.

Walaupun kedengaran mustahil, namun selepas ejen Ronaldo iaitu Jorge Mendes bertemu pengerusi baharu Chelsea, Todd Boehly minggu lalu ia mungkin akan berlaku.

Menurut The Athletic, situasi Ronaldo dan idea untuk berpindah ke London pada musim panas ini adalah antara perkara yang dibincangkan.

Ronaldo yang genap 38 tahun Februari depan, mahu United berdaya saing dan menyatakan hasratnya bersama Red Devils untuk menyamai cita-citanya dengan memperkuatkan skuad itu.

Tetapi sekarang ini menghampiri Julai, Man Utd masih belum membuat sebarang pembelian walaupun dikaitkan dengan pelbagai nama berprofil tinggi.

Segelintir pemain telah meninggalkan Old Trafford sejak beberapa minggu kebelakangan ini termasuklah Edinson Cavani, Paul Pogba, Juan Mata, Jesse Lingard dan Nemanja Matic.

Muncul desas-desus mengatakan sedang menghampiri pintu keluar sebelum permulaan musim 2022-23.

Bagaimanapun, seperti dijangkakan BBC Sport yang mendakwa United bertegas pemenang lima kali Ballon d’Or yang menjaringkan 24 gol dalam 38 perlawanan musim lalu bukan untuk dijual.

Erik ten Hag berminat untuk bekerjasama dengan legenda Portugal itu, walaupun terdapat kebimbangan bahawa penyerang yang semakin berusia itu mungkin tidak sesuai dengan sistemnya.

Selepas dia dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Chelsea, mari kita imbas kembali satu rakaman oleh peminat di tepi padang sewaktu tempoh awal Ronaldo di Man Utd.

Memanaskan badan di Stamford Bridge sebelum perlawanan menentang The Blues, Ronaldo diejek penyokong Chelsea selepas gagal melakukan helah.

Bintang Portugal itu bertindak balas dengan melakukan skil yang luar biasa untuk mendiamkan penonton tuan rumah di Stamford Bridge.

Jarang mahu menjumpai mana-mana pemain yang mempunyai keyakinan tinggi untuk mendiamkan peminat yang mengejeknya beberapa saat sebelum itu.

Klip video ringkas itu merumuskan mentaliti Ronaldo dan menunjukkan bahawa dia sentiasa mempunyai keyakinan diri yang luar biasa.

Adakah babak kerjayanya yang cemerlang akan diteruskan di Stamford Bridge?

Meskipun agak mustahil, tetapi perbincangan antara Mendes dan Boehly telah mungkin akan membuahkan hasil.

Share Post:

Related Posts